Wednesday 27 June 2012

::Hadiah buat ibu mengandung::

Assalamualaikum....

Post hari ni khas untuk inche hubby yang sangat la bahik hati.....

Semalam Pn.Wifey sama Inche Hubby g MV....jalan2 cari barang....hehehe.....

Carik hadiah buat ibu bersalin patutnya....hehehe....

Tapi di sebabkan barang yang ado dah rusak.... Inche Hubby pon beria la nak membelikan yang baru.... 

tadaaaa....ini la dia hadiah buat ibu ngandung yang selalu nenade kat inche hubby dia.....


Makaseh inche Hubby...Sayang loves Hubby so much....*mood gedik euwww...* 

Hahahaha....

Alhamdulillah....terima kasih ya Allah untuk rezeki yang melimpah ruah Kau berikan pada kami....

Moga kami menjadi hamba2 Mu yang beriman dan bertaqwa....

Dan jadikan la kami hamba2 yang sentiase membantu orang lain yang lebih memerlukan... Ameen.... :)

XOXO;
Pn.Wifey
Kuala Lumpur
27th June 2012

Monday 25 June 2012

::Teknik Power Pumping Tingkatkan Penghasilan Susu::

Assalamualaikum....

Rini Pn. Wifey nak kongsi ilmu pasal power pumping...nah cer bace bawah ni.....



Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dalam cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1) Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
2) Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3) Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single Pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.


Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu mlm ke subuh mulai jam 12 mlm hingga 6 pagi, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah dipermudahkan olehNYA…Amin.



XOXO;
Pn.Wifey
Kuala Lumpur
25th June 2012

Friday 22 June 2012

::Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM)::

Assalamualaikum....

Ni Pn.Wifey nak share satu link ke satu post cara2 penyimpanan susu ibu aka Expressed Breast Milk.

Nah buat bakal2 ibu...atau pon ibu2 yang baru nak memula kn EBM.....jom baca.... ;)

http://mommyiskandar.com/blog/2012/06/22/cara-penyimpanan-susu-ibu-ebm/

XOXO;
Pn.Wifey
Kuala Lumpur
22th June 2012

::Pagi Jumaat::

Assalamualaikum...

Pagi nie pas dengar ustaz ebit lew bagi tazkirah kat ikim.....

satu lagu ni pon diperdendang kan...

Best gak layan....tajuk lagu "It's Jumuah"

Nah try korang plak layan.... :)

Selamat Hari Jumaat Sume! Jangan lupa baca surah al-Kahf.. v(^^,)v


Kalu berkesempatan....pagi2 dalam kol 7.30pg setiap isnin sampai jumaat try la dengar ikim....

Sesi tazkirah kali ni by Ust Ebit Lew....

Sangat best bila dengar sirah2 yang dia bawak...bercerita tentang sunnah2 nabi...

sume sangat terkesan zupp...masok dlm jiwa......:)

Jom dengar2kan nanti.....

XOXO;
Pn.Wifey
Kuala Lumpur
22th June 2012

Wednesday 20 June 2012

::List To Do Balik Kg Hubby::

Assalamualaikum...

Dah lama dah kami tak balik kampung inche hubby....

tiap2 minggu ader je halnya nak dibuat....

Selen nak melawat mak abah....banyak bende yang Pn.Wifey nak buat kat kampung tu...(Cehhh....banyak la sangat kan....)

Hehehe....tak de penting nyer pon....

Hah ni listnyer.....hikhikhik....

1. Cari Murtabak Tepeng..
2. G SPA kt Bagan nun...

Dua jer pon....hehehe...sebab dah nak buat lama....tapi sebab tak balik2 kampung dah lama...makanya tertunda2 la planning nak buat dua bende ni pon....

Kalu de durian mak nak carik gak la...nyum2.....eyh...mee udang pon bestkan....hahaha....nafsu jer semata sume tu.....

Lama benau Pn.Wifey tak makan murtabak tepeng tu....tingin....

Ritu balik nak carik tak jumpe.....Tau ado kat pasar malam Parit Buntar hari jumaat jer....huhuhuhu....

Nak cari kat sini sama cam tu harapan la....

Telur dicuci....style masak pon lain....dia goreng inti ngan telur tu dulu...pastu baru dia balot ngan kulit dia....sodapnyer.....bawang pon tak terasa (part ni inche hubby sangat suka....)

yang penting rasa dia sodap...bese kalu balik umah mak bagan mesti tak miss carik makhluk ni.....huhuhu...

Kalu balik kampung Singapore plak...bende yang kiterorg tak miss nak cari ialah Kema ngan murtabak gak....

Kema makan ngan roti naan...sangat mabeles....memang tak jumpe kat tempat len...yang sesodap itu....

Kat kedai Afghanistan kat Tampiness.....slurppp....

murtabak boleh la...besau...tapi compared ngan yang hok tepeng nyer....Pn.Wifey suke lagi yang hok tepeng tu....

Dan kebanyakkan makanan kt singapore tu sodap2.... sangat berbaloi beli.....bese sedara mara yang masakkan...hehehe....

roti boyan....aper lagi eyh.....alaaaa....kebanyakkan nyer Pn.Wifey tak ingat nama dia....huhuhu~

Haisyh...post kali ni buat ibu lapar.....

Nanti Baby dah kua kiter balik kampung nenek plak yer.....hehehe :P

XOXO;
Pn.Wifey
Kuala Lumpur
20th June 2012

::ANAK YANG SOLEH::

Assalamualaikum....

Hari ni Pn.Wifey nak share kan doa2 untuk mendapatkan anak yang soleh....

Pn.Wifey repost dari blog http://www.resepirahsiaku.com

Selamat membaca dan beramal.... :)



Semalam dalam rancangan TV9 iaitu RAUDAH yang dihostkan oleh Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah tentang tajuknya "TANGGANG MODEN, SALAH SIAPA". Sebelum akhir rancangan, Ustazah ada memberi dua doa untuk diamalkan oleh ibubapa untuk memperolehi anak-anak yang soleh. Doa dari Surah Shafaat (Ayat 100) dan Surah Ali-Imran (Ayat 38). Dan tambahan dari penulis Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan sembahyang dari Surah Ibrahim (Ayat 40-41). Anak-anak yang sembahyangnya ikut mood, kadang-kadang sembahyang dan kadang-kadang tidak sembahyang, baik kita bacakan doa ini selalu.

Kepada anak yang degil dan selalu melawan cakap ibubapa. Anda amalkan Surah Taha (Ayat 1 - 5) supaya hatinya lembut agar dengar cakap anda. Lakukan semasa anak anda tidur lena, bacakan dan hembuskan ke hidungnya semasa tidur. InsyaAllah.

1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)



Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!

2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)


Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." 


3. Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang: (Surah Ibrahim: Ayat 40-41)


Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 


Amalan-amalan ketika mengandung.

Masa mengandung sembilan bulan adalah masa yang panjang. Oleh itu si ibu hendaklah sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran. Jika tak berapa kenal huruf boleh membaca dengan mengikut bacaan dari Al-Quran (FURQAN DIGITAL) atau selalu mendengar bacaan Al-Quran. 


1.Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan.
2.Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam.
3.Membaca ayat-ayat Al-Quran.
  • Surah-surah amalan ketika mengandung
  • Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Seluruh surah Yassin
  • Seluruh surah At-Taubah
  • Seluruh surah Yusuf
  • Seluruh surah Luqman
  • Seluruh surah Maryam
  • Surah An-Nahl ayat 78
Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri.

1. Adab isteri terhadap suami ketika mengandung. 
  • Mengasihi dan menyayangi suami.
  • Menjaga perkataan terhadap suami.
  • Tidak terlalu cerewet.
  • Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami.
  • Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga.
  • Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka.
  • Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
2. Adab suami terhadap isteri
  • Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri.
  • Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar.
  • Selesaikan selisih faham.
  • Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  • Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat.
Anak Derhaka yang tidak sempat memohon kemaafan daripada Ibubapa mereka yang telah meninggal dunia.

Kepada anak yang telah derhaka kepada ibu atau bapa dan tidak sempat memohon keampunan dari mereka. Setelah insaf dan bertaubat. Masih ada peluang untuk memohon keampunan dari mereka. Kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pintu taubat senantiasa terbuka luas. Apa yang anda patut lakukan adalah: 
  • Banyak sedekah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas kepada arwah. 
  • Selalu membaca Al-Quran dan menghadiahkan kepada arwah. 
  • Sedekah amal jariah atas nama arwah.
  • Jika arwah tak sempat tunai haji. Buat haji untuk arwah.
  • Selalu buat tahlil untuk arwah.
  • Banyak bertaubat dan banyak berzikir kepada Allah SWT memohon keampunan.
Setelah anda lakukan semua perkara tersebut, insyaAllah roh mereka akan mendapat ketenangan. Apa-apa musibah yang anda terima, hadapilah dengan hati yang redha. Kerana balasan untuk anak derhaka di dunia, Allah SWT tunaikan sebelum mati. Jika anda tidak berputus asa. InsyaAllah akan mendapat keampunanNya dan rahmatNya. Apa-apa sekalipun kata-kata ahli keluarga yang terdekat terhadap diri anda. Bukan mereka menentukan syurga atau neraka untuk anda. Hanya Allah swt menentukan baik atau buruk nasib anda diakhirat nanti bergantung atas amal jariah dan keikhlasan anda denganNya.

Kepada Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah. Kita ucapkan Jazakallah Khairan iaitu Semuga Allah memberi balasan yang baik kepada kamu.

Wasallam.

XOXO;
Pn.Wifey
Kuala Lumpur
20th June 2012

Monday 18 June 2012

::Antenatal Class and Baby Yot @ 29 weeks::

Assalamualaikum....

Semalam Pn Wifey attended an antenatal class free provided by Drypers Malaysia.

Thank you Inche Drypers....

Banyak ilmu Pn Wifey ngan Inche Hubby gained during this seminar....

Last session kiteorang diajar beberapa senaman yang boleh ibu buat sebelum dan selepas bersalin....

So boleh sentiase keep fit bila dah ado anak nanti....

Ibu kene la fit...nanti xcukup tido sume....

Kat seminar tu ado gak ajar cara breathing time contraction...cara nak calm down....and etc...

Macam2 ado...tapi sebab free dia buat half day jer....

So sebenarnya tak de la cover sumer topic yang macam normal antenatal class yang berbayar yang disediakan oleh inche2 hospital kat mesia nie....

Walau macam mana pon kiteorang tetap puas hati sebab dapat tuntut ilmu pasal anak2 dan jugak we have a lot of fun during the seminar....

Balik dari seminar kiteorang trus pecut ke Shah Alam...

Ado appointment 3D/4D kat Klinik Ajwa SS7, Shah Alam....belah petang...

Sebelum tu singgah solat sat kat Shell tepi Federal tu...sonang kalu dah solat....takut drag time lebih...hihihi...

Sampai2 kat Klinik Ajwa tunggu sat jer dalam kol 2 lebih sikit...then sampai la turn kami...

Sepatutnya pagi...tapi Pn.Wifey tukau petang so dapat buat dua2 program dalam satu hari...hehehe.....

Yang buat kan 3D/4D baby yot ni bukan Dr..tp sonographer...

cik sonographer yang baik hati cik Norhayati banyak share pasal scan2 ni....

tiba2 terpikir...kalu anak saya ada yang nak jadi sonographer ni menarik gak....dia pakar bab2 scan2 dan xray ni......

Alhamdulillah...hasil tilikan didapati baby yot sangat sehat dan alhamdulillah sempurna fizikalnya....

Berat di usia 29minggu ni baru 1.3kg....iyerp...normal.....

Jantina???Rahsia la....hahaha....nanti2 la yer nanti Pn.Wifey announce bila baby dah lahir.... ;P

Today Ibu nak share vid baby comel inside mommy's womb nie.....

sebelum tu jom tengok gambo baby dalam bentuk 3D ni.....

Subhanallah comelnye makhluk Allah jadikan ni...sangat sempurna....Alhamdulillah....;)


Moga jadi anak yang soleh yer sayang.... Ibu and Abah loves you so much...

Nah saksikan la...baby tomei dalam yot ibu...hehehe....


Cer perhatikan yer...ader a few secs moment baby yot senyum2....comelnyer.....

Cik Hayati kater dia tangah mimpi apo la tu kan....hehehe....

Jadi anak yang baik yer sayang...mmmuuuaaaahhhhh.....

Pas balik dari klinik and dapatkan referral letter untuk ke DEMC kami pon gerak ke Cinta Masjid kat Masjid Shah Alam.....

tak sopping paper pon...cuci mata and solat then trus gerak balik ke Damansara....

wop...wop....singgah sat kat Paradigm....it's Chat Time....

Alhamdulillah....activities ini hari pon selesai....

Terima Kasih ya Allah...kerna mempermudahkan hari2 kami.... :)

XOXO;
Pn. Wifey
Kuala Lumpur
18th June 2012
posted from Bloggeroid

Tuesday 5 June 2012

::Baby Comel Nak Sentuh Abah::

Salam uols...

This morning after solah....macam biase Abah baby usap2 perot sambil baca Al-Fatehah dan ayat Qursi....

Ibu terasa la lepas tangan abah lalu satu2 tempat tu...ader bende dari dalam pon ikot sama...

Tapi tak jelas....boleh la rasa....tapi Abah baby kompom la tak rasa kan....

Pastu sebelum bangun Ibu baby soh la Abah denga degupan jantung baby tomei ni....dup dap...dup dap...

Hahaha... Lom sempat nak denga pape tibe2 lalu satu sentuhan menolak kepala abah yang tengah melekat kat perut ibu dari dalam ni hah...cerdiknya dia....

Baby comel nak pegang Abah yer....Nak usap2 Abah jugak yer sayang....

Alhamdulillah...Baby Tomei Ibu and Abah sehat....suke bangun pagi2 plak tu...ikot Ibu ngan Abah solat yer...

Smoga Anak Ibu and Abah jadi anak yang soleh.... dan menjadi pencinta Islam... pejuang agama hingga ke jannah.... Ameen~

Ok...jumpe lagi di bebelan Pn.Wifey akan datang...

XOXO;
Pn. Wifey
Kuala Lumpur
5th June 2012

Friday 1 June 2012

::Baby Fateh (Pembuka) 20 weeks::

Assalamualaikum...

Rini ibu nak share video baby caliph baby fateh ibu and abah....

Budak tomei dalam perut ibu....membesar jadi anak soleh yer sayang....

Smoga Allah kurniakan kekuatan...iman dan taqwa buat buah hati ibu dan abah nie....


Baby yot tengah aktif berzikir tu....hehehe...sambil menyot-nyot jari comel dia.....

Alhamdulillah...anak ibu sehat....insyaAllah minggu depan kiter jumpe yer sayang....

Minggu depan Baby Caliph umo 28 weeks....chaiyok baby caliph...chaiyok.... ;)

XOXO;
Ibu Baby Yot Tomei
Kuala Lumpur
1st June 2012